Friday, April 1, 2011

RAHSIA MENGENAI HARI APRIL FOOL

Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada  sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai  hari ‘April Fool’. April Fool  adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool  yang sebenarnya?

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak  sehebat  perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat  mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan  pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fooldengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.



                       DIPETIK DARI http://www.mykhilafah.com/artikel/2070-april-fool-hari-umat-islam-dibunuh?sms_ss=facebook&at_xt=4d9583c4d21d738c,0

APRIL fooollllllllllll............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

just gambar hiasan




Nabi bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar 
beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan
untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia
membawa kebenaran”. HR Ahmad dan At-Thabrani.Nabi
bersabda,
 "Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia
berbohong untuk membuat orang lain ketawa,celakalah dia,celakalah dia,celakalah dia". 


[HR Abu Daud]


Renungan:
   Tidak cukupkah 3kali nabi doakan celakah dia,celakalah dia,celakalah dia????
Ape yg penting ialah kita sama2 menjauhi daripada melakukan ape2 saja perkara yang dilarang oleh Islam...Semoga kita mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW pada hari pengadilan kelak...Amiin..


just gambar hiasan
                            

Thursday, March 31, 2011

Apakah kita msih belum sedar???????

 Aku terkejut bila terbaca satu petikan akhbar...tajuk asalnya dah lupa..tetapi apa yang diceritakan dalam akhbar itu amat mengejutkan aku...Seorang perempuan yang masih muda menceritakan dia sudah serahkan tubuhnya kepada golongan-golongan kaya bertaraf pak cik dan datuk berumur dalam linkungan 50-70 tahun...Tapi sebagai balasan orang2 tua tersebut perlu menunaikan permintaannya or membayarnya sejumlah wang....
  Jelas ternyata dia begitu bodoh kerana meletakkan darjat maruah dirinya lebih rendah berbanding dengan nafsu nya...Apakah duit itu boleh dibawa masuk ke kubur dan boleh digunakan di alam sana..???Apakah bila masuk neraka nanti kita setil boleh dibebaskan dengan membayar denda atau boleh diijamin dengan duit or harta kita itu???

   Aku selalu terfikir,kenapa orang Islam sekarang ni tak mampu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita iaitu nikmat islam...???Nikmat yang memberikan kita jaminan syurga,syurga yang kekal abadi...
Aku pun terkejut..walaupun ia hanyalah cakap2 or sembang2 bodoh,tapi membawa makna yang amat mendalam...Pada suatu hari,aku sedang berborak2 dengan member2 aku..Tiba2 salah seorang member ku mengutarakan satu soalan,"kenapa kita orang islam,still buat maksiat??padahal kita dah tahu kalau kita buat maksiat kita akan masuk neraka"Sekejap je lepas tu seorang member aku ni menjawab.."Alaaa...rilek la..kan kita ni beragama Islam,kta buat dosa banyak mana pun selagi kita ni Islam,kita tetap akan dimasukkan ke syurga jugak lepas kena seksa dalam neraka...betul x cakap aku???"..Fuhhh...terkejut aku bila dengar...Itu masa sekolah dulu laa..dalam 3,4 tahun lepas...sampai sekarang aku terfikir,munkin diorang x sedar bahawa seksa neraka tu teramat dahsyat..sebab tu diorang tak takut...

    Kalau la ada lagi atau macam tu umat Islam kita berfikir pada hari ini,memang hancur laa....Aku harap aku takkan tergolong dalam golongan seperti itu....

   YA ALLAH,KAU SELAMATKAN LAH AKU DARI MALAPETAKA DAN BENCANA DUNIA,DARI SEKSA KUBURMU DAN JUGA SEKSA API NERAKAMU....JAUHILAH AKU DARI MELAKUKAN MAKSIAT DAN DEKATKANLAH AKU DENGAN RAHMATMU...AMIINN.....





KAWAN..MEMBER..TOMODACHI..FREN..

Dalam hidup ni kadang kala aku xleh nak jadi diri aku jugak...or maybe lebih senang nk ckp aku xleh jadi org seperti yg org lain harapkan...Aku bukan xnk jadi,tapi aku lebih suka jadi diri aku..salah ke???salah ke kalau kita nk jadi diri sendiri??diri kita yg kita bleh buat hati n jiwa kita tenteram(of course la yg tidak bertentangan dengan islam...)
Nak aku jadi kamen rider decade???kiva???or kamen rider terbaru,kamen rider 000???
Aku x kisah org nak cakap aku bodoh,bengap,bengong,bongek or ape2 jer..
Memg aku mengaku aku suka buat benda yg bukan2..Walaupun ia benda yg boleh memalukan diri aku sendiri,tapi aku x kisah sebab aku memg nk buat benda tu...So,xyah la nak menyusahkan diri or nak malu sebab benda kau buat...Nak tumpang rasa malu pergi cari org lain la...Xnak ngaku kawan,lagi aku x kisah...Aku x perlu kawan yang hanya mahu berkongsi n mahu berada dengan aku hanya ketika aku gembira or senang jerr...Aku lebih rela kawan dengan kambing2 daripada ada member macam tu...time gembira,ketawa bersama,tapi time sedih,xde sorg pun nak datang nangis sama2....
Memg org cakap,bercinta biar satu,berkawan biar beribu..tapi btul ke kawan yang sentisa bergelak ketawa dengan kita n hilang bila kita bersedih???boleh ke kita nk labelkan dia sebagai kawan???Bagi aku cukupla memiliki hanya seorang kawan yang ikhlas berkawan dengan aku...Seorang dah amat mencukupi,yg boleh memangis n bersusah bersama,..
Tapi bilakah akan aku mampu memperoleh kawan yang sebenar2 kawan..???

Sunday, March 27, 2011

BBQ at PCB

Walaupun penat sgt pergi BBQ kat PCB ngan member2 yg baru je kenal kat tempat BBQ tu dah bleh buatkan aku rasa gembiara...memg benar org cakap,idup ni kadang kita x tahu gembiranya di mana...x kenal maka x cinta,...begitu la rasanya bila dpt tambah kenalan or lebih senang cakap bila dapat kawan baru...
Loh,li,pd,gili,naimi,faiz,farhan,ajim,hanif,farez,leh,tony,khairul aswadi,khairul,syafa,fatin,ain fatin,n bbrp org lagi...memg best berkenalan ngan korg semua...walaupun baru je kenal tapi rasa macam dah kenal lama.....
Walaupun BBQ dalam hujan,ada yg dtg lambat,lighter xde,arang x cukup,n byk lagi masalah yg timbul kita semua still bleh truskan BBQ kita dgn bersuka ria.Terharu jugak dengan sikap Li yg x puas buat kerja bakar ayam dari awl smpai last,buat lawak n byk lagi...walaupun buat kulit pisang salai,tpi memg xde org bleh mkn sbb ianya kulit pisang..hahaa...ko memg klakar li...1st time dapat kawan yg bleh buatkan aku tergelak samapai sakit perut.nice to meet u...
Petang tu pun memg best gak,lpas perut kenyang mkan-mkan,kita pegi mandi...mandi kolam...haha..igtkan aku sorg je yg x pandai,tpi rupa2nyer ade lagi sorg member yg x pandai member.....Ajim namanyer...hahhahaa...tapi best gak r sebb dia ni suka LIPAT...main bola dalam air pun dia boleh LIPAT jugak..Yg geng2 pempuan xtau la buat ape sbb bola yg diorg guna utk wat main kena rampas dek kitorg...hahhaa...dgr kata main nyorok2...kat mana menyorok xtau la sbb main kat tepi panttai...xkn menyorok dalam lubang ketam lak...haha....
Walaupun balik dalam keadaan kepala masuk air,kaki cramp,pening kepala,sakit perut n mcm2 lagi,aku amat gembira.Thank u semua....

DOUMO ARIGATOU GOZAIMASU...THANK YOU VERY MUCH...
Thanks 4 de sweet memory...hope will meet n gather again with u all in the future....

Thursday, August 12, 2010

未来

How to go up to find that this heart could not bear......couldnot happy because like so much..always told myself not to think too much just because i dont want put myself into something that i cannot stand with..what i want is turn back to myself before.......but,finally i cannot help myself in turning back to myself before....i always failed in make decision,i always failed in make move n always cannot think well when there are unexpected things happened infront,or back of me....
i always think that tomorrow will be more interesting n more meaningful for me,but.....that always not be like that...

one day,my sensei(伊藤先生) said this to me,"何かが終わった後に,後悔してももう遅いだよ。終わったことはもう何も変えられないのです。変えられるのは、未来だけです。だから、前のこと心配 しないで、未来のため、一生懸命に生きてください。未来だけ変えられるからです。それは、覚えてください。"
now,because of that,i try to change myself..


not only her said that to me,there onother one that i accept he/she said this to me before,"thats was really meaningful and also enjoyable if we found something that we are searching...."for someone that told that to me before,thank you for your advise,now i understand what u said.

BUT I STILL DONT KNOW..I DONT KNOW I CAN CHANGE MYSELF OR NOT........
FOR MOM AND DAD,I PROMISE TO BOTH OF YOU,THAT I WILL MAKE YOU PROUD OF ME....TRUST ME..


Tuesday, August 10, 2010

renungkanlah wahai insan yang bergelar anak

"Bila seronok,aku cari ........pasanganku
Bila sedih,aku cari......mak
Bila berjaya,aku ceritakan pada ....pasanganku
Bila gagal,aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia,aku peluk pasanganku
Bila berduka,aku peluk erat...emakku
Bila bercuti,aku bawa ......pasanganku
Bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak
Bila sambut valentine,aku beli hadiah mahal2
dan bagikan kepada....pasanganku
Bila sambut hari ibu,aku hanya ucapkan
"Selamat Hari Ibu" mgkin kadang2 trlupa utk ucapkan
Selalu.....aku ingat pasanganku
Selalu....mak ingat kat aku
Bila-bila masa saja aku sggup call pasanganku
Entah bila..aku akan call mak
Selalu aku belikan hadiah utk pasanganku
Entah bila aku nak belikan hadiah utk mak"

jom renungkan bersama,
"kalau kita sudah habis belajar dan bekerja...
bolehkah kita kirimkan wang utk mak?
mak bukan nak byk or mak memg xnk langsung,tpi
sbagai tnda kasih dan sayang kita pada mak..sebulan paling ckitrm50
dah ok..
mampukah kita berbuat demikian...
tapi kalau mak sudah tiada,sekuat hati kita menjerit memanggil.......
MAKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Berapa ramaikah yang sanggup..... menyuapkan ibunya?????????
Berapa ramaikah yang sanggup.......... mencui muntah ibunya?????

Berapa ramaikah yang sanggup,.........menggantikan lampin ibunya????
Berapa ramaikah yang sanggup .........membersihkan najis ibunya??????
Berapa ramaikah yang sanggup.........membuang ulat dan membersihkan luka di kudis ibunya??????????
Berapa ramaikah yang sanggup.........berhenti kerja untuk mnjaga ibunya????????//

Mampu kita tengok sekarang,sudah berapa ramai yang tidak sanggup menjaga ibu mereka sehingga sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua.......

Akhir sekali,cuba kita bayangkan,dan lihat sendiri,
Berapa ramaikah yang SEMBAHYANG JENAZAH UNTUK IBUNYAAA????????

HAYATILAH........SAMA2 KITA MENGAMBIL IKTIBAR.....